Lately rasa sangat busy. Busy buat apa pun tak tau. Lebih-lebih lagi time puasa ni. Rasa kejap je masa berlalu. Nak kata tidur pagi lama-lama, tak de la sangat. Mungkin ada la 2 3 hari yang terlajak sampai kul 12.hehehe..Tiap-tiap minggu ada benda kene buat. Minggu lepas ada test theory, minggu ni kene anta lab report, minggu depan ada test dfd, 2minggu lagi ade test practice plak. Memang kene kejar masa. Kalau tak alamaknya habis la semua. Dah la raya nanti berkemungkinan hari Jumaat, iaitu hari paling busy! Kelas start kul 8-10, petang plak 2-5. Beraya kat uni la nampak gayanya. Minggu depan tu test practice. Memang aku beraya ngan notes tahun ni. Cuti pun start 20sept. hurm.. redha je la...
Teringat plak cerita en JPA kita.......
Baru-baru ni jpa ada hantar surat pekeliling. Dalam surat tu dia bagi amaran kat pelajar-pelajar yang pernah repeat. Jpa bagi repeat sekali je kali ni, tak kisah la critical course (pharmacy,medic) ke tak. Sebelum ni jpa bagi je nak repeat berapa kali pun untuk critical course as long as uni still terima kita. Tapi disebabkan jpa pun dah tak banyak duit sekarang, diorang pun terpaksa la buat camni..Ini bermakna, ni ialah last warning untuk aku!
Aritu en emran dari jpa sydney ada call kawan aku. Dia tanya pasal orang lain sebenarnya. Kawan aku yang sorang lagi tu result dia tak berapa ok and dah dua kali repeat year (pharmacy jugak). Dia call sebab nak tau apa sebab dia kena repeat lagi, sedangkan orang lain result ok je. Dan juga jpa sekarang ni memang nak berhentikan scholar dia serta merta, which means dia pun kena balik Msia serta merta! siap kena bayar balik plak tu!!! En emran kata, kalau rasa memang tak mampu nak carry, boleh tarik diri. Kalau tarik diri awal-awal ada peluang lagi kat Msia nanti boleh sambung bond dengan jpa. Lepas dengar cerita tu rasa nak sambung kat Msia pun ada. Ok, saya tau, sepatutnya berusaha bukan menyerah kalah. Tapi.....
(suasana bilik time nak exam. kertas dimana-mana sahaja)
Lupakan semua tu, sila study dengan lebih kuat ye! Sila mencari masa dan jangan biar masa meninggalkan kita p^_^q
No comments:
Post a Comment