1. Belajar Korea! Semangat beli dictionary bahasa Korea kat Popular. Harga buku and cd ni dlm RM40! Tak hafal pun semua dalam buku ni. Baca sikit-sikit je. At least ada la jugak input dia kan? Nanti tengok cite korea boleh la bukak buku ni. Hehe.
2. Budget? Aku tukar duit 370 000won, lebih kurang RM1000. Since aku dah bayar deposit backpackers kitorang, $130, ~RM400. So total budget aku, tak termasuk tiket lebih kurang RM1400-1500 la. Tak mahal pun kan? Boleh gi lagi ni =P
*****************
14 Jan
Flight ke Seoul pukul 1.55 petang. Pagi-pagi lagi dah bersedia nak ke airport. Bertolak dari rumah pukul 8 pagi sebab takut jam ke One Utama. Ok, aku baru discover ade bas dari OU ke LCCT. Sangat senang ok! Tak yah susah-susah nak suruh orang hantar ke airport dah pasni (since aku selalu sangat ulang-alik airport tu kan.hehe). Harga bas dari OU RM15 je, berbanding dengan kalau naik dari Sentral RM9. But still...itu dah cukup berbaloi daripada bawak kete kan? Dengan duit minyak, duit tol lagi... ade habis RM50 kot. Ntah-ntah lebih...
Nak kata excited sangat nak gi Korea tak de la sangat. Mungkin sebab yang gi korea ni bukan geng-geng aku kat Adelaide kot. And aku sendiri pun tak pernah borak-borak ngan diorang before ni. Ni semua sebab join housemate aku tu la. Kawan-kawan ni pun kawan dia. Tapi last-last dia plak yang tak gi sebab mak die tak kasi. Aigooo... Total kitorang yang gi Korea-7 orang. Yang bertolak 13hb, 2orang, lagi 5orang bertolak 14hb.
Sampai kat airport, jumpa la budak-budak ni. Borak-borak sikit, then check in. Pastu cari money changer nak tukar duit. Otw nak ke money changer tu ade la sorang pompuan ni lambai-lambai sambil panggil aku dari dalam kedai makan ni.. Guess who??!! Wahidah!! Yup, Wahidah! Kawan sekolah menengah aku yang tak pernah dah jumpe pas abis sekolah dulu. Punya la banyak tempat kat Malaysia ni, jumpa kat airport lak. Eh, kira ok la tu kan jumpa kat airport. Kalau jumpa kat Korea nanti tak ke lagi 'best'? Hehe. Dia dengan family dia baru sampai dari Terengganu dan tengah mencari tempat nak stay sementara tunggu flight keesokan harinya ke Beijing. Aigooo, winter pun ramai jugak ye orang nak berjalan?
Sampai Incheon Airport dah malam, lebih kurang pukul 9 lebih. Suhu? -4C! Ouch! Lepas kutip beg terus cari perhentian bas. Kitorang naik bas je dari airport tu ke backpackers. Nasib baik kitorang sempat naik bas terakhir malam tu. Ishk, kalau tak, tak tau la macam mana. Dah la dari airport ke downtown agak jauh. Perjalanan amik masa dalam sejam setengah camtu la.

Muka happy dah sampai Korea!~
Bila bas dah sampai, ada la pekerja-pekerja dia tolong masukkan beg dalam tempat beg kat bawah tu sambil kutip duit. Sampai turn kitorang, dia tanye "odi?". Yang lawaknya bila dia tanya kat kawan aku sorang ni (dia memang tak pandai korea sangat), dia tanye "odi? Anguk?" then kawan aku ni pun angguk la sambil kate yup. Aku kat sebelah ni dah pelik dah. Pastu terus gelakkan dia. Hahahahaha. Suka hati dia je angguk. Actually Anguk tu satu tempat kat Seoul tu. Tempat kitorang nak berhenti tu lepas stop Anguk. Yang kawan aku sorang ni plak, dah tak tau apa orang tu tanya, tanya la kitorang. Nasib baik tiket harga sama je. Tak pasal je kena gelak ngan kitorang.
Mula-mula naik bas perasan sesuatu yang pelik. Masa tu buat tak kisah je. Lama-lama tu otak pun cair sikit, dapat berfikir semula selepas duk dalam bas yang bersuhu lebih tinggi dari paras beku tu. Baru perasan yang driver dia left-handed! Sangat pelik ok! Sepanjang perjalanan tu aku rasa asyik pandang depan je tengok driver tu bawak bas. Haha. Macam mana kalau tiba-tiba aku kena bawak kat Korea ni eh? Mesti kekok nak guna tangan kanan. Silap-silap tak masuk gear tu. Dah la aku ni left handed, sure-sure tangan kanan aku lemah. Hehe.

Satu lagi masalah, tak tau kat mana nak stop. Ada la recording yang bagitau dah sampai kat mana. Tapi...sangat la slow!! Setiap kali suara tu bercakap, semua orang akan pasang telinga. Bahasa Hangul je yang paling kuat. English slow je. Nasib baik aku dah tulis siap-siap semua stops yang akan dia berhenti sebelum sampai tempat backpackers kami. Orang sebelah aku cina dari Malaysia. Sekali pandang memang aku tak tau dia tu bangsa apa. Nak kata orang cina pun boleh, Korean pun boleh. Bila dia cakap Malay je baru tau dia tu dari Malaysia. Diorang pun nak berhenti kat stop kitorang jugak. Nasib baik ada gak orang lain nak stop kat situ. Pastu diorang yang bagitau kat pakcik bas tu nak berhenti kat Sungkyunkwan University. Settle problem!
Next, dah sampai stop Sungkyunkwan University tu, tak tau plak kat mana backpackers kitorang tu. And seperti biasa, akulah yang menjadi penyelamatnya. Aku dah print siap-siap segala direction nak ke mana-mana kat Seoul ni. Haha (gelak dengan egonya..).
Next expression bila dah masuk bilik kitorang....besarnya tv dia!!!!! Seriously besar! Tv rumah aku pun tak sebesar tu (memang tv umah aku kecik pun.hehe). Kitorang amik ensuite, dalam bilik ada dapur and toilet siap. Tak yah nak mandi kat luar. Mahal la sikit kalau nak bandingkan kalau amik dorm. Amik dua bilik, satu bilik untuk 3orang, satu lagi untuk 4orang. Sangat best bilik tu, dah la lawa wallpaper die, tv pun besar. Satu lagi yang menarik, diorang punya heater kat bawah lantai. Masuk-masuk bilik terasa lantai dia panas. Mungkin sebab tu la kot dalam cerita selalu je tengok diorang tidur kat atas lantai je (or mungkin diorang tu miskin tak leh nak beli katil or bilik dia sempit sangat nak letak katil.hihi). Bagus jugak tu, at least tak de la rasa kulit ni kering sangat berbanding dengan kena direct heat.
Budget so far,
Day 1 : Bus - 10 000 won
(tak termasuk perbelanjaan kat Malaysia)
Ok, sambung next day...Budget so far,
Day 1 : Bus - 10 000 won
(tak termasuk perbelanjaan kat Malaysia)
mu boleh cakap korea ke dilah? ak tahu mu gila korea gk... tp kalu dah buleh paham tu, mantap weh!!! bangga aku.. hee
ReplyDeletesetakat die tanye odi tu aku phm la..lgpn ape lagi die nak tanye kan kalo naik bas tu..hehe
ReplyDeletekwn2 aku lagi mantap.ahjumma2 kat kedai ckp hangul diorg phm je.tp xreti nak reply la..haha