Start sale hari rabu lepas, tapi hari ni baru berkesempatan nak gi shopping. Cadangnya nak gi Tea Tree Plaza je, sebab dekat sikit dengan rumah. Dah sampai sana, banyak pattern dah habis. Then call orang suruh check kat laman web bigW kat mana stock banyak lagi. Haha. Semangat gila! Dapat la 4 5 kotak je kat tea tree tu. Then kitorang pun gi ke south demi corelle! Jauh tu! Sanggup merentas city semata-mata nak corelle. Sampai kena semayang kat tepi kereta la sebab tak sempat nak balik rumah semayang zohor. Haha. Sebelum keluar masing-masing kata nak beli 2 3 set je. Sekali penuh boot kereta! Bukan setakat boot kereta, dalam kereta pun penuh. Kat tempat kaki tu penuh dengan corelle yang loose. Sampai kena duduk bersila la atas corelle tu.
Duit pun cepat je habis. Yela, kalau harga satu set tu dah 40-60, beli pulak 4 kotak, mana tak habis kan. Tu kalau beli 2 kotak..kalau beli yang loose lagi, lagi la banyak kan duit tu! Tak pe...perancangan masa hadapan. Nanti nak beli kat malaysia dah mahal. Baik beli kat sini siap-siap..
![]() |
| pasni makan megi je la kami |
1set 16pieces (round) - $40, malaysia RM500+. Kalau convert dollar ke rm pun baru rm120 camtu je..banyak wooo untung..
1set 16pieces (square) -$60, kat malaysia RM700+ ok!!! Gila mahal. Siapa yang beli tu memang kaya betul la.
pinggan nasi (loose) - $4, kat parkson hari tu aku tengok rm50! cekik darah betul la...
buat bisnes syok ni..
Oleh itu, jangan salahkan aku beli corelle banyak-banyak. Hahaha. Setakat ni aku dah beli 7 kotak, loose tu tak tau la..dalam 50-70 keping kot. Ke lebih? Haha. Puas hati betul shopping corelle. Minggu lepas sibuk nak shopping, tapi tak tau nak beli apa. Hari ni sekejap je lesap $400. Fuh2! Nasib baik sekarang ni tengah placement. Boleh jugak la save duit sebab tak de masa nak bershopping. Hehe.


No comments:
Post a Comment