Sunday, March 4, 2012

kerja ke tak kerja?

sekarang ni aku kerja kat kedai yogurt. masa balik hari tu berangan sangat nak kerja, dah dapat kerja rasa nak berhenti pun ada. sebabnya aku bosan!!! bosan tahap cipan bak kata imah..errr

mula-mula kerja, aku disuruh kerja weekends je. dah 2 minggu kerja terasa plak rugi bila kerja weekends, sebab time tu la semua kakak-kakak and abang aku nak berkumpul kat umah. dan aku pulak kene bekerja. tak ke tension tu. weekdays duk umah, tapi tak de orang. oleh itu, aku pun mintak la nak berhenti. kompem2 la tak bleh kan..sebabnya diorang tak cukup pekerja. then aku pun ditukarkan ke weekdays. maka aku pun kerja la pada setiap hari isnin hingga khamis daripada pukul 10.30 hingga 6.

tapi masih lagi rasa nak berhenti. huahua. hampeh kan aku?! alasan kali ni plak, weekdays bukan ada orang pun datang carrefour ni. boleh bilang dengan jari berapa orang je lalu. aku pun tak tau nape diorang beria nak bukak kedai kat sini walaupun tau carrefour kat sini tak laku. ntah la, ada la tu business plan diorang tu yang aku tak paham. tapi yang pasti, aku rasa aku ni macam makan gaji buta je. pagi2 datang bersihkan mesin yogurt tu, letak yogurt, susun toppings, susun kerusi, dah siap. sejam gak buat semua tu. pastu aku pun akan bukak ipod or tablet aku melayari laman web. kalau ada orang datang aku layan. tu je la kerjanya. tapi paling banyak duk layan internet la. internet pun kedai lain punya, tumpang je. dah la tak pernah membeli pun makanan kat kedai tu. hohoho. Kerja ke tak aku ni sebenarnya? haish...

No comments:

Post a Comment