Thursday, March 3, 2011

Lolli...lolli...lollipop~~~


 daripada  handphone yang macho bergaya dah bertukar perisa menjadi manis dan disukai ramai.LOL~

adakah tak lama lagi favourite colour aku akan tukar jadi hijau lime pulak? socks tu amik dari sarung mp3, yang gantung-gantung tu stok dari korea banyak sangat sampai semua colour pun aku ada.huhu.hp tu pulak colour hijau je nampak paling cun. so bukan salah aku kan semua ni jadi hijau? ~_~

bubble font~ kena tambah $5 tu untuk bubble font saja. asalkan comel..., lagipun $5 je kan? alang-alang beli, baik beli sampai puas hati (mungkin tak leh pakai jugak ayat ni.kalau nak puas hati kena beli lollipop 2 la kan? wawawa).

secret light + screen light. hobi terbaru aku, bukak hp, tutup hp.jadi budak kecik plak rasa asyik nak tengok lampu hp ni je.hahaha

Aku beli hp ni kat ebay je, ebay pun dari hong kong je pun. Tapi at least aku tau dia dari hong kong daripada beli kat lowyat yang selalu tipu kata bukan barang dari china. Mula-mula tu pikir jugak macam mana kalau hp ni rosak? Warranty dia manufacture warranty je, maknanya kalau ada pape kena hantar balik ke hong kong tu dengan pos bayar sendiri. Bila dah lama-lama pikir tu dah jadi malas dah nak pikir. Redha je la kalau hp ni rosak ke apa ke. Hopefully dia sihat je la kan...

Harga? Kalau nak colour pink/blue/black harga dia murah sikit. Kalau red/green harga jadi mahal dalam $10 macam tu. Mungkin jugak ni special edition. Kat malaysia pun tak jual colour red/green ni. Pastu kalau tambah nak bubble font yang comel tu, tambah la lagi $5. And then kalau nak memory card, tambah la lagi duit. So total kos hp aku ialah $184, dapat la hp hijau, bubble font dan memory card 8gb.

Kalau nak ikut spec hp ni, hp ni boleh dikatakan mahal jugak la. Kalau harga dalam $190 ni, dah boleh dapat hp yang ada wifi semua dah. Before aku beli hp ni, Aishah beli hp Asus Garmin. Hp tu memang lengkap la semua, dengan touch screen, gps yang memang gps tu, wifi dll, harga pun $199 je sebab time tu sale. Terfikir jugak berbaloi ke aku beli lollipop ni, dah la tak de pape pun, setakat google kena bayar tu dengan 3G je (sama je dengan hp sony e aku dulu). Last-last aku pikir, kalau aku beli Asus, nanti mesti aku akan still teringin nak beli lollipop. So baik aku amik lollipop je instead of Asus walaupun spec dia lagi best. Kalau nak wifi, aku boleh guna ipod touch aku tu je. GPS tu no comment la, ikutkan hati nak jugak, tapi pikir balik aku ni jenis senang nak ingat jalan. So mungkin aku tak perlukan sangat pun gps tu kan? hehe. positive..positive..

Bila ntah nak jual hp sony e tu. Hp tu cyber shot je lebih, tapi aku rasa gambar dia tak lawa pun. Dah la hp tu berat. Paling tak best skali kalau balik malaysia mesti susah nak dapat line. Lagi, kalau cakap phone, kejap je hp tu panas. Panas yang macam nak meletup tu. Aku rasa hp tu sesuai duk kat aussie je kot. Hp mat salleh la katakan, mana tahan dengan cuaca malaysia ni. Hahaha. Kalau aku jual hp sony e ni pun aku akan jual kepada orang aussie jugak la, kesian pulak kan kalau jual kat malaysia. Dapat la dalam $100 camtu kalau jual. At least dah boleh cover separuh dah kos beli lollipop.


3 comments:

  1. ya allah dilah cantiknyaaa phoneeee!!!!nak satuu pleaseeee hahha

    ReplyDelete
  2. sbb chantekkk la sy beli! lollipop 2 lagi chantekkkkk!!!
    mintak ngan areep la.kan dah ade sumber pendapatan baru =P

    ReplyDelete
  3. sob3 xmampu lahhh..haih ni yg kena kerja ni hhaaha

    ReplyDelete